JOIN BANGSA MALAYSIA:

Sep 22, 2010

Melayu Pun Pendatang: Khas untuk Ahli UMNO

Berdasarkan sejarah dan kajian ahli arkeologi, orang Melayu terbukti sudah lama mendiami Tanah Melayu termasuk Melaka yang diketahui umum berada di Alam Melayu atau disebut Malay Archipelago yang meliputi kawasan luas seluruh Nusantara.

IKARMAN Wagino, 54 dari Rengit, Johor mengaku datuknya berasal dari Jawa Tengah dan merantau ke negara ini pada 1905 dan berkahwin dengan orang tempatan.

Daeng Salim Daeng Kechik, 48 yang kini menetap di Kuala Lumpur juga mengesahkan ayah dan datuknya berketurunan Bugis yang berhijrah ke Johor.

Seorang lelaki dari Tumpat, Kelantan yang kini berusia 65 tahun pula menyatakan datuk dan neneknya adalah Melayu Champa dari Kemboja sebelum berhijrah ke Kelantan pada awal 1930-an manakala Mohd
Mirza Gulam, 56 pula mengatakan datuknya berasal dari Pakistan dan berkahwin dengan rakyat tempatan.

Kini semua mereka adalah orang Melayu berwarganegara Malaysia. Cuma ada sesetengahnya berwajah
kacukan dan campuran Cina, Mamak, Pakistan, India dan Arab. Malah rata-rata orang Melayu apabila ditanya asal-usul dan keturunan nenek moyang, mereka mengatakan adalah pendatang dari Indonesia, India, China, Kemboja malah dari Arab. Mereka seolah-olah tidak mahu mengatakan anak jati negara ini kerana dikhuairi dituduh keturunan Orang Asli.

Jika begitu andaiannya, Melayu yang menjadi penduduk majoriti negara ini bukanlah anak jati atau penduduk asal negara ini atau mereka juga mungkin layak dikatakan sebagai pendatang seperti Cina dan India. Jadi, siapa penduduk asal negara ini? Adakah Orang Asli boleh dikategorikan sebagai penduduk
asal.

Kalau ada yang mempertahankan Melayu sebagai penduduk asal, apa buktinya?

Sumber: Milenia Muslim Online Magazine


12 comments:

Anonymous said...

Kalau nak petik artikel, biarlah sampai habis. Jangan ambil separuh, simpan separuh. Artikel tu panjang lagi.

Cuba baca pulak artikel dalam riwayatmelayu.blogspot.com

kajian oleh seorang pensyarah universiti tempatan tentang Melayu...

BANGSA MALAYSIA said...

hello saudara yang tidak bernama...
saya kan dah nyatakan sumber artikel ini? jadi saya post apa yang saya dapat... bukanya ambil separuh.. dah itu yang saya dapat...

Man said...

Bangsa Malaysia kesemuanya. pendatang ke penyamun ke, kita semua Bangsa Malaysia. SAYA SOKONG!

Ir.Azriq said...

kawan, majalah itu sendiri tidak mempunyai nilai research yang tinggi. saya hairan bagaimana anda boleh gunakan ia sebagai bahan rujukan.

Sejak zaman berzaman lagi, nusantara ini sangat besar wilayahnya. dari filipina ke indonesia, ke malaysia ke thailand ke cambodia.

semua itu wilayah melayu. ia dikenali nusantara.

Perpindahan melayu ke daerah yang lain tidak lain tak bukan digelar BERPINDAH. Macam juga orang melayu dari ipoh ke kota bharu. Dari perlis ke setiawan. ia dipanggil PERPINDAHAN.

Cukup cukuplah bercakap tanpa mempunyai research yang cukup.

Saya sudah merasa malas untuk bercerita tentang isu ini kerana ia sudah sangat lapuk. Orang cina dan india suka benar menggunakan perkara-perkara seperti ini.

Ini bukan cara anda untuk berkongsi idea dalam penyatuan kita semua. Bahayanya kerana anda tidak pula seorang yang professional dalam researchnya.

Stop trying hard doing it, just focus on your unity message.

Saya suka membaca blog anda, tapi, ini kal lain macam sangat.Nampak you tak buat research yang sepatutnya

hadzwan said...

saudara...
trima kasih kerana sudi berkongsi byk maklumat yg sgt berguna di blog saudara....

mengenai isu melayu pun pendatang ini, tidak dapat dinafikan susah sgt2 utk bertemu org melayu yg betul2 berdarah melayu...saya sendiri pun bukannya 100% berdarah melayu..
tetapi sebagai rakyat Malaysia, bangsa Malaysia, kita juga perlu ingat dan faham tentang apakah definisi 'orang Melayu' di bawah perlembagaan negara...
=)

teruskan berkongsi, saudara...
tahniah...

BANGSA MALAYSIA said...

Ir.Azriq,

anda kena ingat 'wilayah nusantara bukannya 'wilayah melayu'...

orang di Thailand, Indon dan Filipina tidak mengakui bahawa mereka dalah bangsa melayu kerana mereka ada bangs asendiri...

Anonymous said...

1. siapa bangsa pribumi asal EngLAND? ScotLAND? (kalo dah nama asal Negara kita MalayLAND (Tanah Melayu) kenapa nak bincang lagi pasal pribumi asal di Malaysia??

2. Di Malaysia, semua orang tak kira dari kaum mana sekalipun boleh maju asalkan kita rajin berusaha. apa yang nak dirisaukan. Jangan terpengaruh dengan ideologi politik
sempit. Mereka lebih memperjuangkan periuk nasik sendiri..

Perisik Luar

BANGSA MALAYSIA said...

yang memulakan isu ini adalah kerajaan dan UMNO sendiri... mengelar oarng India dan Cina sebagai pendatang dan menyuruh mnereka balik ke negara asalal.. jadi slaha siapa di sini?

Putera MIC Melaka said...

You are right bro. During the times of Datuk Harun being the MB of Selangor, many Indonesians were given Malaysian citizenship with BUMIPUTERA status. Last week I met a guy in Sabah on my working trip. Asked his background, he came malaysia in 1959 with his parents from Indonesia, and now he is a Malay and Bumiputera. So is the Bumiputera definition goes to Malaysian Muslims or 'REAL' Malays, East Malaysians and the orang asli. Anyway good write up. Do share if you have any good info on this

BANGSA MALAYSIA said...

blame MIC... why they let it to happen? y they kept quite when Indonesians given citizenship whereas many of Malaysian Indians community in rural area still not own their ICs...

Anonymous said...

Seluruh Kepulauan Indonesia, Filina, Borneo, Semenanjung Thai dan Semenanjung Malaysia termasuk pulau-pulau Singapura adalah wilayah asal Melayu yang disebut Alam Melayu atau Kepulauan Melayu. Kepada Bangsa Malaysia, orang bukan bumiputera sebenarnya datang ke Malaysia dari China dan India, itu negara asal datuk nenek mereka. Malahan catatan sejarah oleh pegawai-pegawai Inggeris seperti Frank Swettenham dan Hugh Clifford sendiri mengakui bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah negara Melayu dan orang bukan bumiputera adalah pendatang yang menumpang kemakmuran Tanah Melayu. Malahan di Sabah dan Sarawak pun sama, pegawai-pegawai Inggeris mengakui bahawa Sabah dan Sarawak adalah negara orang Melayu, Iban, Kadazan, Bajau, Dusun dan lain-lain bumiputera, kaum bukan bumiptuera hanyalah pendatang yang menumpang kemakmuran Sabah dan Sarawak saja. Malahan kalau tidak kerana toleransi orang bumiputera memberikan kerakyatan kepada bukan bumiputera pada tahun-tahun 1950an, maka sekarang ini taraf bukan bumiputera di Malaysia adalah golongan pendatang saja saja. Jadi bila orang bumiputera sudah berkompormi dengan bukan bumiputera dalam banyak hal, janganlah bukan bumiputera nak buat macam-macam hal untuk membangkitkan kemarahan masyrakat bumiputera. Sedarlah sama akan budi baik orang bumiputera. Kalau tak boleh nak membantu orang, janganlah jadi beban pula kepada orang lain, sedarlah sama. Malahan di Malaysia ini banyak kerusi pilihanraya yang sepatutnya bumiputera jadi calon, diberikan kepada bukan bumiputera atas dasar kompromi, janganlah kiasu sangat sampaikan apa yang orang bagi pinjam pun dipeluk erat tak nak lepas, malahan hak orang pula nak dirampas pula. Sikap apakah ini? Jangan jadi orang tak sedar diri dan tak tahu kenang budi, hormatlah orang yang berbudi pada anda. Sekian, terimakasih.

BANGSA MALAYSIA said...

jangan lupa saudara... orang cina dan india juga menyumbang kepada pembangunan politik, ekonomi, sukan dan sbgnya untuk Malaysia... jangan berlagak dengan apa yang ada... sedangkan kamu hanya bergantung kepada UMNO...

kami anak bangsa malaysia seperti kamu juga.. kami juga bumiputera kerana kami lahir di sini.... mungkin datuk dan nenek kami adalah pendatang, tetapi kami adalah setaraf dengan orang Melayu di negar ini.. kami mempunyai hak yang samarata seperti kamu.. kami juga membayar cukai.. kami juga menyanyikan lagu negaraku... kami juga boleh bercakap dalam bahasa Melayu.. kami hormati agama islam sebagai agama rasmi.. kami menghormati Sultan sebagai ketua negara...

kesimpulannya kami mempunyai hakyang sama seperti kamu jugA!