JOIN BANGSA MALAYSIA:

May 8, 2011

Salah siapa? Namun saya tetap berusaha!


Pada satu pagi di padang SK St Joseph, Johor Bahru

Cikgu Vasan : Siapa nak masuk latihan olahraga?
Murid-murid : Saya cikgu, saya cikgu.. Cikgu saya... cikgu saya... (murid-murid begitu bersemangat)
Cikgu Vasan : Kalau begitu kamu bagi borang kebenaran ini kepada ibubapa untuk tandatangan.
Murid-Murid : Terima Kasih Cikgu.

Pada hari tersebut saya melihat murid-murid begitu bersemangat hendak menunjukkan bakat masing-masing. Walaupun ramai yang tidak mampu untuk bersaing dengan sekolah lain, keyakinan saya terhadap murid-murid tersebut begitu tinggi kerana mereka berbekalkan semangat yang begitu kental.

Satu perkara yang terlintas dalam fikiran saya, mengapa sukan olahraga di negara kita makin lama makin suram? Salah siapa? Kita mempunyai ramai anak-anak muda yang begitu bersemangat hendak menjadi atlit, namun negara kita kurang berjaya dalam sukan olahraga ini. Saya sedih melihat bakat-bakat cilik di kebanyakkan sekolah terkubur begitu sahaja.

Dan dengan ini saya berjanji akan mengetengahkan bakat-bakat ini yang sekian lama terpendam dalam hati anak-anak Malaysia ini. Saya akan mengerahkan segala kudrat saya untuk perkembangan sukan olahraga tanah air. Mungkin ramai yang berfikir bahawa bolehkah saya membuatnya seorang diri. Tanggapan ini adalah salah memandangkan ramai jurulatih dan cikgu-cikgu di luar sedang berusaha siang dan malam untuk memajukan sukan olahraga ini. Saya akan bersama-sama mereka untuk membangunkan sukan olahraga yang saya cintai selama ini.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

No comments: