Dec 3, 2009

Kursus Biro Tatanegara: Medan untuk meluaskan fahaman berunsur perkauman


Segelintir peserta yang pernah menghadiri kursus Biro Tatanegara (BTN) dengan beraninya menyifatkan bahawa kursus ini hanya membawa kepada perpecahan kaum di negara ini. Malah kursus ini juga bermotifkan politik pihak tertentu untuk kekal berkuasa dengan menanamkan sifat racist/perkauman di kalangan peserta.

Kerajaan tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan program ini, meskipun ramai daripada bekas peserta kursus ini telah tampil menyuarakan keadaan kursus tersebut. Timbul laporan-laporan daripada peserta kursus terutamanya daripada bukan Melayu bahawa kursus Biro Tatanegara menyebarkan ideologi yang bersifat perkauman, sehinggakan mengundang kebencian ke tahap yang kritikal terhadap kaum-kaum minoriti di negara ini.

Kerajaan bersetuju untuk merombak sukatan program kursus in selepas desakon oleh pihak pembangkang. Ini secara tidak langsungnya bermakna kerajaan telah menyalahgunakan kursus ini untuk kepentingan politik mereka, dan mereka sendiri mengakuinya apabila bercadang untuk merombak sukatan kursus Biro Tatanegara tersebut.

8 comments:

Chong (DEMA) said...

BTN alat UMNO untuk memperjuangankan poltik perkauman!

devilmozart said...

belum pergi BTN jgn cakap pasal BTN

VASANTARAO APPALASAMY said...

tidak perlu menghadiri BTN untuk melihat sendiri apa yang berlaku..

ini kerana kerajaan yang racis hanya menyebarkan fahaman racis melalui program mereka

devilmozart said...

tu hanya pndangan org yg CETEK PEMIKIRAN vasan...u want the truth then u must face it first...then u judge it...DONT EVER JUDGE A BOOK BY ITS COVER

VASANTARAO APPALASAMY said...

I had never been judge anything by its cover!

saya bukanya mempunyai pemikiran cetek, tettapi hanya pengalaman cetek...

kebanyakkan testimoni membuktikan program ini hanya memudaratkan masa depan negara... malah kerajaan sendiri mengakuinya... tetapi saya tidak faham dengan kamu...

orang yang bersalah pun telah mengakuinya.. tetapi lain orang pula mempertahankannya... kamu memang hipokrit saudara Mozart...

devilmozart said...

nie ak quote kn ape yg ko tulis

Kerajaan bersetuju untuk merombak sukatan program kursus in selepas desakon oleh pihak pembangkang.

KERAJAAN BUAT MACAM TU SEBAB JAGA HATI RAKYAT.then ko nk salah kn blik kerajaan dgn tuduhan yg xberasas.

dgn quote kat atas tu sape yg hipokrit skrg ni?!

VASANTARAO APPALASAMY said...

cIKGU mOZART yang devil!

jaga hati rakyat dengan merombak BTN?
atau jaga hati pembangkang...?

eN. tEddY said...

to devil mozart...
yg hipokrit a.k.a. pengampu ialah nazri aziz...
kah kah kah

JOIN BANGSA MALAYSIA: