JOIN BANGSA MALAYSIA:

May 15, 2011

Program Kecemerlangan Olahraga Sekolah Kebangsaan St Joseph


ANAK-ANAK KITA YANG MAMPU PERGI JAUH JIKA DIDIDIK DENGAN BAIK

Setelah lebih seminggu program ini dijalankan, sambutan daripada murid Sekolah Kebangsaan St Joseph amat mengalakkan. Namun, sebagai seorang guru, saya harus mempelbagaikan agar murid tidak bosan. Seperti yang sedia maklum anak-anak kecil cepat berasa bosan apabila kita lakukan aktiviti yang sama saban hari.

Hasrat menjadi jurulatih olahraga tercapai, ianya bermula di padang SK St Joseph. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran terutamanya guru besar SK St Joseph Pn Ng Seng Lay yang memberikan peluang kepada saya untuk membimbing murid-murid sekolahnya.

Saya harap program ini akan berterusan walaupun saya kemungkinan besar tidak dapat ditempatkan di sekolah tersebut semasa tamat pengajian pada akhir tahun ini. Saya sedar bahawa usaha saya barangkali akan terhenti jika ditempatkan jauh daripada sekolah ini, namun apakah daya saya? Saya akan cuba berkhidmat dan memberikan apa yang termampu kepada murid-murid, kerana ini akan membantu mereka pada masa hadapan.

Akhir sekali, saya amat berharap pihak yang prihatin dapat membantu program ini dalam apa jua bentuk. Ini bukan untuk kepentingan mana-mana pihak, tetapi ia adalah untuk kecemerlangan sukan negara dan juga masa depan anak-anak kita.

May 8, 2011

Salah siapa? Namun saya tetap berusaha!


Pada satu pagi di padang SK St Joseph, Johor Bahru

Cikgu Vasan : Siapa nak masuk latihan olahraga?
Murid-murid : Saya cikgu, saya cikgu.. Cikgu saya... cikgu saya... (murid-murid begitu bersemangat)
Cikgu Vasan : Kalau begitu kamu bagi borang kebenaran ini kepada ibubapa untuk tandatangan.
Murid-Murid : Terima Kasih Cikgu.

Pada hari tersebut saya melihat murid-murid begitu bersemangat hendak menunjukkan bakat masing-masing. Walaupun ramai yang tidak mampu untuk bersaing dengan sekolah lain, keyakinan saya terhadap murid-murid tersebut begitu tinggi kerana mereka berbekalkan semangat yang begitu kental.

Satu perkara yang terlintas dalam fikiran saya, mengapa sukan olahraga di negara kita makin lama makin suram? Salah siapa? Kita mempunyai ramai anak-anak muda yang begitu bersemangat hendak menjadi atlit, namun negara kita kurang berjaya dalam sukan olahraga ini. Saya sedih melihat bakat-bakat cilik di kebanyakkan sekolah terkubur begitu sahaja.

Dan dengan ini saya berjanji akan mengetengahkan bakat-bakat ini yang sekian lama terpendam dalam hati anak-anak Malaysia ini. Saya akan mengerahkan segala kudrat saya untuk perkembangan sukan olahraga tanah air. Mungkin ramai yang berfikir bahawa bolehkah saya membuatnya seorang diri. Tanggapan ini adalah salah memandangkan ramai jurulatih dan cikgu-cikgu di luar sedang berusaha siang dan malam untuk memajukan sukan olahraga ini. Saya akan bersama-sama mereka untuk membangunkan sukan olahraga yang saya cintai selama ini.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!