Selepas mengharungi cengkaman regim Barisan Nasional lebih 6 dekad, akhirnya arena politik tanah air menemui titik perubahan. Rakyat Malaysia sudah berubah! Kerisauan dan ketakutan rakyat marhaen telah diatasi demi menyelamatkan negara yang dihanyut korupsi serta kronisme.
Dengan barisan kepimpinan kerajaan pusat baharu, kepercayaan bahawa mereka dapat mengubah hala tuju negara ke landasan betul adalah tidak dapat disangkal sama sekali. Untuk mengubah mentaliti serta pemikiran selaras dengan kemajuan ekonomi yang bakal disajikan, pendidikan merupakan aset yang paling penting. Oleh itu jawatan Menteri Pendidikan menjadi perhatian seluruh warga Malaysia terutamanya warga pendidik. Persoalan siapakah yang akan menerajui jawatan tersebut terungkap apabila Dr Maszlee Malik diberi kepercayaan. Ramai yang pertikai mengapa Dr Maszlee Malik dilantik sebagai Menteri Pendidikan.
Nama beliau jarang sekali kedengaran sebelum ini, lantas ramai kurang faham mengapa beliau dilantik untuk menerajui jawatan penting tersebut. Bekas profesor madya di jabatan sains politik di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik sebenarnya telah mengkaji masalah pendidikan negara dari peringkat asas lagi. Setelah menghalusi beberapa artikel dan video, admin berpendapat bahawa kredibliti dan pemikiranya sukar untuk dipertikaikan.
Apabila mengupas mengenai isu pendidikan di negara kita, beliau memandang isu ini secara umum. Beliau mengaitkan faktor kemiskinan serta beberapa faktor lain termasuk mentaliti rakyat Malaysia sendiri. Penerangan yang begitu jelas, satu per satu mengukuhkan lagi mengapa Dr Maszlee Malik layak menduduki kerusi penting tersebut.
DR MASZLEE MALIK
Dr Maszlee Malik juga menghormati perbezaan individu secara keseluruhanya, manusia yang berlainan mempunyai keupayaan yang berlainan. Pada pandanganya, keputusan peperiksaan bukan segala-galanya, bakat terpendam yang ada pada setiap individu perlu dikenal pasti dan dikembangkan. Ini selaras dengan perkembangan pendidikan zaman moden yang menghormati perbezaan individu.
Satu lagi perkara yang mencuri perhatian merupakan ulasan beliau mengenai kanak kanak kurang upaya, nilai kemanusiaan dikaitkan dengan pendidikan. Beliau percaya bahawa kanak kanak kelainan upaya perlu diberi layanan istimewa dan pendidikan khusus seperti beberapa negara Eropah yang lain. Guru-guru Pendidikan Khas di negara ini juga perlu dihantar ke negara-negera tersebut untuk melihat sendiri pelaksanaan sistem dan menimba ilmu menurutnya lagi.
Negara kita telah menunggu selama 61 tahun untuk memiliki Menteri Pendidikan yang mempunyai pemikiran yang sebegini. Namun admin berharap kita belum terlambat bangkit dalam mengubah arena pendidikan negara dari peringkat bawah hingga ke peringkat tertinggi. Pemikirannya begitu jelas untuk Malaysia yang baharu, namun kita tunggu sejauh manakah pelaksanaanya...
Jangan hampakan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan!
ULASAN DR MASZLEE MALIK BERKENAAN ISU PENDIDIKAN NEGARA
#BinaSemula
#MalaysiaBaru
No comments:
Post a Comment