Aug 31, 2010

Malaysia Merdeka! Tetapi Transformasi Apa yang Perlu Dijanakan?

Pada 31 Ogos 2010, kita meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-53. Apakah maknanya kemerdekaan untuk kita jika sistem negara dan rakyatnya masih dibelenggu sifat perkauman walaupun lebih 5 dekad usianya kebebasan dinikmati? Kongkongan sistem nasional serta pemikiran yang begitu sempit masih menghantui negara yang sedang membangun ini. Kegagalan sistem dan polisi untuk menyatukan rakyatnya serta jentera ekonomi yang semakin lemah seringkali mengusarkan ‘nasionalis moden’ dan juga ahli-ahli ekonomi. Apakah situasi ini akan berterusan? Tranformasi apa yang perlu dijanakan demi kepentingan bersama? Setelah sekian lama saya berhenti menulis, saya rasa saya bertanggungjawab untuk kembali menyatakan apa yang terbaik untuk negara pada hari yang penuh bersejarah ini.

Dengan megahnya pemimpin kita menyatakan
1Malaysia, Menjana Tranformasi“. Apabila rakan saya yang juga seorang tenaga pengajar menyatakan tema hari kebangsaan yang ke-53 tersebut, hanya satu persoalan yang terlintas yang pemikiran saya, apakah setelah lebih setengah abad kemerdekaan dicapai, kita baru hendak menjana transformasi? Walaupun bunyinya pelik, kita terpaksa menongkah segala cabaran negara dengan mengikut arus perdana yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. 2010 adalah masa untuk rakyat jelata menikmati transformasi negara yang telah dilaksanakan, bukannya untuk menjana transformasi yang baru seperti yang dikatakan oleh pemimpin kita. Dengan ini, jelaslah bahawa negara kita ketinggalan zaman dalam semua aspek menyebabkan pemimpin kita melaungkan tema yang ‘outdated’ seumpama ini. Hakikatnya negara kita sudah merdeka, tetapi rakyatnya masih ‘dijajah’ oleh tema seumpama ini.

Tranformasi? Apa yang anda faham? Tranformasi dalam aspek apa yang akan dijanakan? Cukuplah segala penipuan! Kata-kata pemimpin kita hanya sekadar mengucap daripada mengota. ‘Tranformasi’ yang saya faham adalah ‘Rakyat diperkudakan untuk menjana tranformasi ekonomi pemimpin’. Jangan terkejut, percaya atau t
idak kebanyakkan hasil mahsul negara yang melimpah telah dirompak oleh pemimpin kita sendiri. Mari kita bandingkan Malaysia dengan Singapura, saban hari hampir 2 juta rakyat Malaysia menyeberangi Selat Tebrau untuk bekerja di sana. Mengapakah kita perlu bekerja di negeri orang? Cuba anda nyatakan kelemahan kita berbanding Singapura! Petroleum, gas asli, getah, minyak sawit, kayu balak, serta lain-lain hasil semulajadi yang menjadikan negara kita berkali-kali ganda lebih kaya daripada Singapura, jadi dimanakah kelemahannya? Kelemahan kita hanya pada pemimpin negara yang tidak pandai untuk menguruskan hasil negara. Kita juga mempunyai ruang, segala kemudahan, tidaklah seperti negara jiran yang lain.

Jika kita beralih kepada zaman pra-kemerdekaan, pelbagai kaum di negara kita
telah menumpahkan darah, air mata dan keringat untuk memerdekakan negara. Perjuangan mereka tidak diteruskan malah dicemari dengan pelbagai insiden yang memalukan. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 (pertembungan antara kaum Cina dan Melayu), Kampung Medan 2001 (pertembungan antara kaum Melayu dan India), penyalahgunaan keris oleh sesetengah pemimpin dalam perhimpunan agong UMNO, perarakan kepala lembu, seserangan ke atas rumah ibadat yang berlaku baru baru ini di ibu kota serta beberap tempat yang lain, pengetua dan tenaga pengajar yang racist, dan sebagainya telah menunjukkan betapa kendurnya persaudaraan antara kaum dan agama di negara kita. Walaupun segelintir pihak menafikan perkara ini, namun saya rasa kita boleh berfikir dan melihat sendiri apa yang telah berlaku dan sedang berlaku di negara kita. Kita bukanya bodoh untuk mempercayai bulat-bulat apa yang dipaparkan oleh media. Apa yang penting di sini adalah persaingan sihat antara kaum di negara kita antara kita dalam semua bidang termasuk pendidikan, sukan, ekonomi dan seumpamanya. Pergaduhan dan perebutan/kegilaan kuasa tidak melambangan kekuatan sesuatu kaum itu, sebaliknya hanya melambangan kejahilan.

Tujuan saya mengutarakan kelemahan-kelemahan pemerinthan dan sistem bukanlah untuk meremehkan mana-mana pihak. Tetapi adalah sebagai ilham u
ntuk kita berusaha kearah transformasi yang saya maksudkan. Saya amat berharap para ‘nasionalis moden’ tidak berputus asa, tetapi bergerak ke hadapan untuk mencapai perpaduan melalui konsep Bangsa Malaysia. Hari ini, apabila ketika kita menoleh ke belakang, kita dapat mengetahui bahawa pemimpin telah memandu negara ini secara membabi buta sekian lama melalui perjuangan politik perkauman dan pecah perintah. Walaupun, ada yang merasakan kita terlambat dalam mengambil beberapa langkah, terutama dalam soal perpaduan. Jadi marilah kita sama-sama menolak politik perkauman dan pemikiran racist dengan menumpukan perkara yang lebih penting terutamanya dalam bidang ekonomi, pendidikan, sukan dan serta bidang-bidang yang setara dengannya.

Setiap warganegara Malaysia harus menyedari bahawa ini adalah negara kepunyaan mereka dan semestinya mereka harus bertanggungjawab keatas segala keb
aikan dan keburukkan yang berlaku ke atas negara. Sempena hari yang mulia ini, janganlah kita membuang masa kita dengan sembang-sembang kosong di kedai-kedai Mamak, sebaliknya berfikir tentang masa depan negara dan ‘transformasi’ yang diperlukan oleh negara kita secara keseluruhnya. ‘Transformasi’ yang dinyatakan oleh pemimpin-pemimpin kita terlalu implisit serta sukar difahami, seperti biasalah mereka hanya pandai melakar slogan-slogan yang canggih sebaliknya gagal menjelaskannya dan menunaikannya kepada rakyat secara telus. Jangan marah dan jangan merungut jika semua ini berlaku, ini adalah pilihan anda sendiri!

Selamat Hari Merdeka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berada di dalam atau luar negara. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menekankan sekali lagi tentang tranformasi pemikiran yang perlu berlaku dalam kalangan kita. Marilah kita sama-sama menerima antara satu sama lain seterusnya menolak segala pemikiran negatif demi kemakmuran negara yang tercinta.

BANGSA MALAYSIA BANGSA BERJAYA! SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 53!


No comments:

JOIN BANGSA MALAYSIA: