Jun 25, 2009

10 tahun sebelum Merdeka... Kita telah pun bersatu...

Ini adalah julung-julung kalinya saya menulis dalam bahasa kebangsaan kita dalam blog ini. Saya rasa bahawa saya harus memulakan penulisan blog dalam Bahasa Melayu juga disamping Bahasa Inggeris dengan ungkitan sejarah bagaimana rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini telah pun berganding bahu dan bersatu seawal 10 tahun sebelum merdeka bertujuan menentang pihak British. Perpaduan tetap terjamin walaupun selepas merdeka, namun tidak lama kemudian, kita mula bermusuhan dengan masalah perkauman kian menular.

Video yang saya telah sertakan di bawa ini akan menceritakan segala-galanya. kebanyakkan buku-buku sejarah kita telah menyembunyikan situasi sebenar pada masa itu, mengeluarkan kenyataan palsu bahawa hartal tidak menerima sokongan daripada penduduk pelbagai kaum. 20 Oktober adalah satu tarikh “Keramat” yang seharusnya diingati dan dikenang oleh rakyat Malaysia kerana 60 tahun yang lalu, pada 20 Oktober 1947, telah berlaku satu peristiwa bersejarah yang menyaksikan rakyat di Malaya menggunakan kekuatan demokrasi mereka.

Pada hari hartal, jalan-jalan raya sunyi, kedai di bandar-bandar utama ditutup. Pelombong and buruh estet juga tidak pergi kerja. Kesemua kedia orang Melayu di kuantan ditutup, bandar-bandar utama di Kedah juga sunyi. Di Perak pula pawagam, taman hiburan ditutup. Semua estet di Selangor ditutup. Lombong-lombong di negara ini kesemuanya ditutup. Bandar Melaka menjadi bandar koboi untuk sehari. Nelayan pula tidak kelur menangkap ikan di laut. 40 kapal terhenti di pelabuhan Singapura kerana buruh pelabuhan menyertai hartal. Beca, teksi, bas (kenderaan awam) tidak menjalankan perkhidmatan. Pasar-pasar kecil dan besar ditutup di Pulau Pinang. 99% perniagaan menyokong hartal. Tiada surat khabar didapati pada hari tersebut.

Beginilah keadaannya apabila penduduk negara yang berbilang kaum sebulat suara menentang perlembagaan yang di bawa oleh British. Pada hari tersebut, persoalan tentang perpaduan dan sepakat penduduk negara ini telah terjawab, sehinggakan pihak British telah terpaksa menangkap ribuan penduduk/aktivis negara ini dan ada juga segelintir dibuang negeri.

Saya berharap rakyat Malaysia yang berbilang kaum di negara ini tidak membezakan antara satu sama lain, semangat Hartal harus terus dihidupkan kembali agar perjuangan untuk menuntut demokrasi sejati di Malaysia akan berjaya satu hari nanti. Setiap anak Malaysia harus lupakan perbezaan agama, budaya, dan keturunan, marilah kita sama-sama buktikan sekali lagi bahawa perbezaan-perbezaan bukan halangan untuk kita mencapai perpaduan.

Tonton video di bawah, terutamanya bahagian 4:









4 comments:

joshua said...

Unity in diversity!

Malaysians are being divided by self-serving politicians.

Vinod said...

you see, text books denied that there are large number of the people took part in Hartal..

all UMNO-BN's work...

de minimis said...

With Merdeka theme being "Perpaduan, Teras Kejayaan" (Unity, the Core of Success)...

Malaysia still talking cock, 52 years not enough for them to achieve unity.. even now more worse lar brother... whose fault?

alex sebastian said...

well..this is a new information for me bro..thankz for dat.

JOIN BANGSA MALAYSIA: