Sep 7, 2009

Dosa demi dosa dilakukan oleh segelintir pihak untuk melukakan hati penganut Hindu di Malaysia

Adakah penganut Hindu tidak berhak untuk mempunyai kuil untuk melakukan upacara keagamaan? Mengapakah ada pihak menghina lembu iaitu haiwan suci agama Hindu? Dan setelah kamu mengetahui perkara yang kamu buat adalah sensitif dan kamu tidak meminta maaf atas apa yang telah berlaku. Sukarkah untuk meminta maaf? Ataupun kamu akan teruskan perbuatan menghina selepas ini? Adakah minoriti tidak berhak mempunyai hak seperti yang umat Islam inginkan di negara seperti Palestin, Iraq dan Afghanistan?

Sedarlah saudara, apa-apa dosa yang kamu lakukan setelah mengetahui kesahihannya tidak akan tuhan maafkan walaupun sedikit! Berfikirlah sewaras-warasnya sebelum mengeluarkan kenyataan atau pendapat, ada kalanya kita tidak menghargai keunikan yang terdapat di negara kita. Apa yang berlaku di beberapa negara yang hampir 100% adalah umat Islam? Negara seperti Afghanistan, Iraq, Pakistan, malah Palestin sendiri tidak tenteram dengan perang saudara yang melanda berdekad lamanya. Janganlah kita salahkan pihak barat (Amerika dan sekutunya), jika kita sendiri tidak pandai untuk mengawal dan membetulkan negara kita.

Bersyukurlah kepada tuhan dengan apa yang kit ada hari ini. Saling hormat-menghormatilah antara satu sama lain, tidak ada ruginya jika kita bertolak ansur dan hormat-menghormati walaupun daripada berlainan agama dan kaum. Sikap ego yang ditanam hanya membinasakan keamanan yang telah sekian lama kita bina di negara kita. Marilah kita duduk semeja berbincang masalah yang timbul, jangan kita maki atau kutuk antara satu sama lain, itu bukannya jalan penyelesaian.

Tiada agama di dunia mengajar kejahatan kepada manusia, sesungguhnya yang baik hanya daripada tuhan/agama dan yang jahat/buruk adalah daripada kita sendiri. Jadi hanya manusia yang kurang pegangan agama sering melakukan dosa demi dosa. Sedarlah bahawa tuhan menjadikan kita pelbagai agama, kaum, etnik, warna kulit adalah untuk mengenali antara satu sama lain dan bukanya 'berperang' antara satu sama lain!

Minta maaf jika saya menyinggung perasaan mana-mana pihak. Tapi saya mahu melihat Malaysia menjadi satu negara contoh perpaduan dunia yang disegani. Keamanan dan ketenteraman menjadi tunjang utama kepada penentukan negara bangsa. Harapan saya adalah rakyat pelbagai agama dan kaum di negara ini saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan lebih memikirkan soal-soal lain contohnya ekonomi, sukan, dan sebagainya untuk membina satu negara bangsa yang unggul! Ini bukannya harapan saya seorang, malah harapan kebanyakkan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan.

7 comments:

K said...

Oleh kerana mereka begitu sukar meminta maaf (mungkin kerana ego yang setinggi langit atau kebenakan otak mereka), saya bagi pihak mereka dengan rendah dirinya meminta maaf kepada penganut Hindu atas tindakan biadap mereka.

vjtutor said...

Terima kasih Khier.

VASANTARAO APPALASAMY said...

Khier,
rakyat Malaysia akan berubah!
itulah yang saya boleh katakan dengan ada yang rakyat yang matang seperti kamu....

harapan saya terhadap Malaysia makin pulih... Terimas Kashi sekali lagi saudara Khier..

shah said...

The question of freedom of religion is emphasised in the Federal Constitution of Malaysia. It is however, on one side the Islamic jurists agreed that freedom of religion is guaranteed, on the other hand, apostates seem to have committed an offence under the Islamic Criminal Law. The punishment seems to have a conflict particularly with reference to Article 11 (1) and 5 (1) of the Federal Constitution.

This article attempts to discuss the question of apostasy from the Islamic and Malaysian Laws perspectives with special reference to the issue of fundamental right of freedom of religion. It also highlights the conflict of laws that surrounding the punishment of apostasy in various respective states' laws in Malaysia.

al-Balingi said...

Saya percaya majoriti umat Islam di Malaysia merasa malu dengan tindakan segelintir penganutnya yang bertindak biadap dan tidak bertamadun. Malah, lagak mereka langsung tidak mencerminkan akhlak Islam. Saya juga turut meminta maaf.

Vinod said...

Saya kagum dengan persefahaman yang ditunjukkan orang saudara-saudara Melayu saya di sini..

K said...

Saya lebih selesa digelar Malaysian.
Oh, don't worry Vasan, the rakyat are changing towards the new Malaysia.

JOIN BANGSA MALAYSIA: