Sep 8, 2009

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan- Kebebasan Beragama


Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanyaatau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
  • menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
  • menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
  • memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undangundang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang undangan yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
Jelaslah bahawa kebebasan agama tercatat dalam perlembagaan persekutuan, tidak ada sekatan atau sebarang halangan untuk melaksanakan sebarang jenis upacara keagamaan di Malaysia. Malah pembinaan kuil atau tempat beribadat adalah dibenarkan. Jadi rakyat Malaysia yang berbilang agama terlindung di bawah perlembagaan yang mulia ini. Diharapkan setiap rakyat memahami perlembagaan ini demi kesehjateraan negara.

2 comments:

de minimis said...

Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi.

Islam merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim.

Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab.

Anonymous said...

Salam sejahtera saudara,

saya amat berminat dengan artikel yang dikemukakan saudara...

mengenai perkara 11 perlembagaan persekutuan, mengenai kebebasan agama. Memang di negara kita ini mengamalkan kebebasan beragama, sesiapa sahaja bebas untuk mengamalkan agama masing-masing tetapi agama islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara seperti termaktub dalam perkara Perkara 3 perlembagaan persekutuan.

Dalam hal ini, semasa kita sama2 mencapai kemerdekaan, kaum bukan melayu memperakui bahawa agama Islam, bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan raja-raja Melayu merupakan perkara asas dalam perlembagaan persekutuan sebagai tukar ganti kepada pemberian taraf kewarganegaraan kepada kaum bukan melayu. jadi oleh itu, taraf agama Islam itu dalam negara ini tidak boleh dipersoalkan sepertimana orang Melayu tidak boleh mempersoalkan taraf kewarganegaraan yang diperolehi oleh kaum bukan melayu disemenanjung... :)

Terima kasih

JOIN BANGSA MALAYSIA: