Oct 15, 2009

8 aktivis siswa hadapi tindakan UM: Salahkah pemimpin pembangkang dibawa masuk ke kampus diatas prinsip kebebasan berpolitik?

Apabila pemimpin pembangkang di bawa masuk ke kampus untuk aktiviti bersama siswa, pihak kampus pula tekad untuk mendakwa mereka. Pada masa yang sama, pemimpin kerajaan pula boleh memasuki dan berbuat apa sahaja bentuk aktiviti bersama siswa. Apakah ini semua melambangkan Malaysia yang demokrasi? Demokrasi Malaysia hakikatnya hanya diatas kertas, tidak pada pelaksanaannya. Baca di sini- 8 aktivis siswa hadapi tindakan UM

Jika siswa yang terlibat dihukum kerana membawa masuk ahli politik pembangkang, maka tindakan yang sama perlu diambil keatas siswa yang membawa masuk ahli politik dari pihak kerajaan pula. Ini kera ahli politik adalah ahli politik, kita tidak perlu mengira latar belakang politik atau pengaruhnya! Ketidakadilan seumpama ini tidak harus berlaku di kampus. Jika pihak kampus merasakan bahawa pelajar perlu bebas daripada politik, mereka perlu melarang segala bentuk aktiviti berunsurkan politik dan juga ahli-ahli politik samada dari pihak pembangkang ataupun kerajaan sekaligus.

Tidak sesiapapun berani bersuara apabila pemimpin BN/MIC dibawa masuk ke program sebuah kampus di selatan tanahair, risalah-risalah berkaitan 'Putera MIC' juga sering disebarkan di kampus kepada pelajar-pelajar yang berketurunan India. Pernah juga saya menerima satu borang untuk menyertai 'Putera MIC' iaitu salah satu sayap penting bagi parti MIC. Putera MIC ini berperanan menarik penyertaan siswa dan siswi diseluruh Malaysia untuk menyertai MIC. Apakah ini dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga pihak Kampus?

Perkara ini semakin hari semakin berleluasa di selatan tanahair apabila pelajar di sebuah IPTA 'dipaksa secara tidak langsung' oleh pensyarah untuk menyertai Putera MIC. Jika mereka tidak menyertainya, pihak tertentu pula memberi amaran bahawa mungkin markah kerja kursus atau peperiksaan pelajar tejejas. Ugutan seumpama ini tidak dilaporkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) kampus tersebut kerana, dipercayai pelajar berketurunan India yang sering melanggar perintah 'gerakan Putera MIC' di kampus tersebut menghadapi pelbagai ancaman.

Seorang pelajar senior yang membantah pergerakan tersebut pula sering dilabel sebagai 'pengacau' pelajar India, pelbagai fitnah dilemparkan keatasnya sehingga pada satu ketika, dia hampir dihukum oleh pihak kampus. Mujurlah pihak kampus tidaki hanya mendengar fitnah sebelah pihak dan telah menyelesaikan masalah dengan adil. Pelajar itu seterusnya mengambil keputusan untuk tidak mencampuri hal tersebut atas faktor tertentu.

Sesungguhnya ahli politik adalah ahli politik, latar belakang dan pengaruh tidak membezakan satu sama lain dalam kalangan mereka. Jadi saya amat berharap Kementerian-kementerian terlibat dan pihak pentadbiran IPTA mengambi langkah yang sewajarnya untuk menjaga kepentingan institusi demokrasi negara dan masa depan penuntut/pelajar itu sendiri.

3 comments:

haris (UM) said...

Saya amat dukacita terhadap pihak UM yang mahu mendakwa siswanya,

harap mereka tidak terburu-buru untuk melakukan tindakan tidak masuk ini!

Anonymous said...

jangan permain mahasiswa, mahasiswa bukan kambing, bebaskan mahasiswa berikan autonomi kampus

no name (IPGM KTI) said...

BN very good lar... DAP, PAS, PKR not good..

heheh... funny campus... funny nation

JOIN BANGSA MALAYSIA: