Oct 7, 2010

Si Sepet, Si Kaki Botol: Kepentingan Kursus Biro Tata Negara Dipersoalkan

Walaupun ramai yang tidak ada pengalaman menghadiri kursus Biro Tatanegera (BTN), segenlintir peserta yang pernah menghadiri kursus tersebut menyifatkan kursus ini hanya membawa keburukan serta menjadi pemangkin kepada perpecahan kaum di negara kita. Malah ini juga membuktikan kursus tersebut hanya bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu untuk kekal berkuasa dengan hanya menanamkan sifat perkauman di kalangan peserta.

Seperti kes yang berlaku baru-baru ini, Timbalan Pengarah BTN Hamim Husin didakwa mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina dan India. Jika benar ia berlaku, seperti yang ditekankan oleh sesetangah pemimpin tempatan, kes ini harus disiasat dibawah akta hasutan 1960 kerana ia boleh mengugat keharmonian negara seterusnya mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan minoriti terhadap sistem negara. Baca di sini- Si sepet dan si kaki botol analogi yang jijik oleh BTN dan Si sepet, si botol: Itulah wajah sebenar Umno.

Walaupun pelbagai pihak tidak setuju jika program ini diteruskan, kerajaan tetap dengan pendirian mereka untuk meneruskan program ini, Timbul laporan-laporan daripada peserta kursus terutamanya daripada bukan Melayu bahawa kursus Biro Tatanegara menyebarkan ideologi yang bersifat perkauman, sehinggakan mengundang kebencian ke tahap yang kritikal terhadap kaum-kaum minoriti di negara ini.

Kerajaan telah bersetuju untuk merombak sukatan program kursus in atas desakan oleh pihak pembangkang pada tahun 2009. Namun hasilnya tidak kesampaian apabila kes-kes seperti ini masih dilaporkan. Diharapkan agar kerajaan tidak mengunakan kursus Biro Tata Negara sebagai medan untuk meluaskan politik perkauman untuk kekal berkuasa. Saya juga ingin mendapatkan komen daripada peserta yang pernah menghadiri kursus ini untuk mengesahkan dan mendapatkan maklumat lanjut tentang apa yang sedang berlaku dalam kursus ini.

KURSUS BIRO TATA NEGARA

2 comments:

courious said...

Hello again,

bout the last question i didn't ask u to leave, i said if u r in India what kasta r u?

seem dat they ignore this in Malaysia whereas kasta is very important.

i luv reading ur blog and wish to come back.

VASANTARAO APPALASAMY said...

i don't know.. and i'm not interested with kasta...

can u tell me the impotance of Kasta?

JOIN BANGSA MALAYSIA: