Aug 31, 2010

Malaysia Merdeka! Tetapi Transformasi Apa yang Perlu Dijanakan?

Pada 31 Ogos 2010, kita meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-53. Apakah maknanya kemerdekaan untuk kita jika sistem negara dan rakyatnya masih dibelenggu sifat perkauman walaupun lebih 5 dekad usianya kebebasan dinikmati? Kongkongan sistem nasional serta pemikiran yang begitu sempit masih menghantui negara yang sedang membangun ini. Kegagalan sistem dan polisi untuk menyatukan rakyatnya serta jentera ekonomi yang semakin lemah seringkali mengusarkan ‘nasionalis moden’ dan juga ahli-ahli ekonomi. Apakah situasi ini akan berterusan? Tranformasi apa yang perlu dijanakan demi kepentingan bersama? Setelah sekian lama saya berhenti menulis, saya rasa saya bertanggungjawab untuk kembali menyatakan apa yang terbaik untuk negara pada hari yang penuh bersejarah ini.

Dengan megahnya pemimpin kita menyatakan
“1Malaysia, Menjana Tranformasi“. Apabila rakan saya yang juga seorang tenaga pengajar menyatakan tema hari kebangsaan yang ke-53 tersebut, hanya satu persoalan yang terlintas yang pemikiran saya, apakah setelah lebih setengah abad kemerdekaan dicapai, kita baru hendak menjana transformasi? Walaupun bunyinya pelik, kita terpaksa menongkah segala cabaran negara dengan mengikut arus perdana yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. 2010 adalah masa untuk rakyat jelata menikmati transformasi negara yang telah dilaksanakan, bukannya untuk menjana transformasi yang baru seperti yang dikatakan oleh pemimpin kita. Dengan ini, jelaslah bahawa negara kita ketinggalan zaman dalam semua aspek menyebabkan pemimpin kita melaungkan tema yang ‘outdated’ seumpama ini. Hakikatnya negara kita sudah merdeka, tetapi rakyatnya masih ‘dijajah’ oleh tema seumpama ini.

Tranformasi? Apa yang anda faham? Tranformasi dalam aspek apa yang akan dijanakan? Cukuplah segala penipuan! Kata-kata pemimpin kita hanya sekadar mengucap daripada mengota. ‘Tranformasi’ yang saya faham adalah ‘Rakyat diperkudakan untuk menjana tranformasi ekonomi pemimpin’. Jangan terkejut, percaya atau t
idak kebanyakkan hasil mahsul negara yang melimpah telah dirompak oleh pemimpin kita sendiri. Mari kita bandingkan Malaysia dengan Singapura, saban hari hampir 2 juta rakyat Malaysia menyeberangi Selat Tebrau untuk bekerja di sana. Mengapakah kita perlu bekerja di negeri orang? Cuba anda nyatakan kelemahan kita berbanding Singapura! Petroleum, gas asli, getah, minyak sawit, kayu balak, serta lain-lain hasil semulajadi yang menjadikan negara kita berkali-kali ganda lebih kaya daripada Singapura, jadi dimanakah kelemahannya? Kelemahan kita hanya pada pemimpin negara yang tidak pandai untuk menguruskan hasil negara. Kita juga mempunyai ruang, segala kemudahan, tidaklah seperti negara jiran yang lain.

Jika kita beralih kepada zaman pra-kemerdekaan, pelbagai kaum di negara kita
telah menumpahkan darah, air mata dan keringat untuk memerdekakan negara. Perjuangan mereka tidak diteruskan malah dicemari dengan pelbagai insiden yang memalukan. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 (pertembungan antara kaum Cina dan Melayu), Kampung Medan 2001 (pertembungan antara kaum Melayu dan India), penyalahgunaan keris oleh sesetengah pemimpin dalam perhimpunan agong UMNO, perarakan kepala lembu, seserangan ke atas rumah ibadat yang berlaku baru baru ini di ibu kota serta beberap tempat yang lain, pengetua dan tenaga pengajar yang racist, dan sebagainya telah menunjukkan betapa kendurnya persaudaraan antara kaum dan agama di negara kita. Walaupun segelintir pihak menafikan perkara ini, namun saya rasa kita boleh berfikir dan melihat sendiri apa yang telah berlaku dan sedang berlaku di negara kita. Kita bukanya bodoh untuk mempercayai bulat-bulat apa yang dipaparkan oleh media. Apa yang penting di sini adalah persaingan sihat antara kaum di negara kita antara kita dalam semua bidang termasuk pendidikan, sukan, ekonomi dan seumpamanya. Pergaduhan dan perebutan/kegilaan kuasa tidak melambangan kekuatan sesuatu kaum itu, sebaliknya hanya melambangan kejahilan.

Tujuan saya mengutarakan kelemahan-kelemahan pemerinthan dan sistem bukanlah untuk meremehkan mana-mana pihak. Tetapi adalah sebagai ilham u
ntuk kita berusaha kearah transformasi yang saya maksudkan. Saya amat berharap para ‘nasionalis moden’ tidak berputus asa, tetapi bergerak ke hadapan untuk mencapai perpaduan melalui konsep Bangsa Malaysia. Hari ini, apabila ketika kita menoleh ke belakang, kita dapat mengetahui bahawa pemimpin telah memandu negara ini secara membabi buta sekian lama melalui perjuangan politik perkauman dan pecah perintah. Walaupun, ada yang merasakan kita terlambat dalam mengambil beberapa langkah, terutama dalam soal perpaduan. Jadi marilah kita sama-sama menolak politik perkauman dan pemikiran racist dengan menumpukan perkara yang lebih penting terutamanya dalam bidang ekonomi, pendidikan, sukan dan serta bidang-bidang yang setara dengannya.

Setiap warganegara Malaysia harus menyedari bahawa ini adalah negara kepunyaan mereka dan semestinya mereka harus bertanggungjawab keatas segala keb
aikan dan keburukkan yang berlaku ke atas negara. Sempena hari yang mulia ini, janganlah kita membuang masa kita dengan sembang-sembang kosong di kedai-kedai Mamak, sebaliknya berfikir tentang masa depan negara dan ‘transformasi’ yang diperlukan oleh negara kita secara keseluruhnya. ‘Transformasi’ yang dinyatakan oleh pemimpin-pemimpin kita terlalu implisit serta sukar difahami, seperti biasalah mereka hanya pandai melakar slogan-slogan yang canggih sebaliknya gagal menjelaskannya dan menunaikannya kepada rakyat secara telus. Jangan marah dan jangan merungut jika semua ini berlaku, ini adalah pilihan anda sendiri!

Selamat Hari Merdeka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berada di dalam atau luar negara. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menekankan sekali lagi tentang tranformasi pemikiran yang perlu berlaku dalam kalangan kita. Marilah kita sama-sama menerima antara satu sama lain seterusnya menolak segala pemikiran negatif demi kemakmuran negara yang tercinta.

BANGSA MALAYSIA BANGSA BERJAYA! SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 53!


Aug 11, 2010

To all Muslim friends, have a blessed Ramadan!




I wish all Muslim friends to have a blessed fasting month. I believe in the fundamental truth of all great religions of the world.


May 7, 2010

Malaysian Government failed to deliver Press Freedom



THE PREVIOUS YEARS RESULT:

The press freedom index immediately drew criticism from Malaysian groups, which called on the government to free the press and bloggers. The repeated violations of the free flow of press and the bullies on bloggers are the main reasons for giving a low rating to countries like Malaysia.

The violations included arrests of bloggers and closure or difficulty in accessing news websites in our country. The increase in cases of online censorship is because the government has realized that the Internet can play a key role in the fight for democracy and they are establishing newmethods of censoring it. The government of repressive countries is now targeting bloggers and online journalists as forcefully as journalists in the traditional media.

The fall should be accepted as a wake-up call for the nation and the government. Th result shows how low the country has sunk after half a century in the press freedom. The harassment of web activists and cyber-dissidents - Raja Petra Kamarudin (malaysiaToday), Sheih (Kickdefella), Aduka Teruna, Namewee and several others also lead Malaysia to the worst performance.

Undeniably, the recently released new ranking of press freedom index of Malaysia worst than most of the African nations and South East Asia nations. In fact, more freedom of press and information will make this government to become more competitive, but poor Malaysian government failed to admit the fact and continuously put pressures on the presses and Medias.

Apr 24, 2010

TUNTUTAN BUAT KERAJAAN MALAYSIA oleh (rakyat Malaysia yang tidak racist)

Kalau saya kata siapa yang tuntut ini, nanti ada pihak di luar sana pula akan kata saya berpolitik. Susah betul kalau hendak keluarkan pendapat. Kalau saya yang tuntut sesuatu yang jauh berbeza, ada pihak kata tuntutan saya melampau dan menyentuh sensitiviti kaum di negera ini. Bagaimana pula dengan artikel di bawah ini? Tidak sensitive? Siapa yang memberi ruang kepada penulis tersebut untuk bersuara sebegini? Dan kalau kamu hendak tahu juga siapa yang tulis artikel di bawah, tekan sahaja atas mana-mana bahagian artikel ini.




KEPADA DATUK SERI NAJIB DAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, BERAGAMA ISLAM, BERBANGSA MELAYU INGIN MELUAHKAN KEAMARAHAN SAYA INI SEBAGAI BUMIPUTERA DI TANAH MELAYU INI.

TUNTUTAN SAYA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA


1) HAPUSKAN HAK MENGUNDI KAUM BUKAN BUMIPUTRA

(MEREKA SEMEMANGNYA TIDAK LAYAK MENGUNDI DI MALAYSIA INI KERANA MEREKA HANYA MENGUNDI BERASASKAN KAUM SAHAJA.)


2) BATALKAN SEMUA PARTI POLITIK YANG BUKAN MILIK KAUM BUMIPUTRA DI TANAH MELAYU INI.

( PARTI MEREKA INI AMAT RACIST DAN JIKA MEREKA KOMPONEN SEKALIPUN MEREKA TIDAK MEMBANTU KITA BUMIPUTERA, SEBALIKNYA MEREKA MENUNTUK HAK MILIK KITA KAUM PERIBUMI)


3) KEMBALIKAN SEMULA HAK-HAK MELAYU YANG TELAH DILIBRALISASIKAN BULAN LEPAS.


4) RUNTUHKAN PATUNG DEWA HINDU BERDIRI DI BATU CAVES DAN PATUNG BUDDHA DUDUK DI TUMPAT KELANTAN.

( INI MERUPAKAN PEKARA YANG TERPENTING!!! BAGAIMANA KITA MALAYSIA INI YANG MANA SEBUAH NEGARA ISLAM DAN AGAMA PERSEKUTUANYA ISLAM TELAH MEMBINA PATUNG-PATUNG YANG BEGITU TINGGI SEHINGGAKAN LEBIH TINGGI DARI KUBAH MASJID!!!


TUNTUTAN INI BUKAN MERUPAKAN SUATU YANG RACIST, SEBALIKNYA IANYA MERUPAKAN LUAHAN KAMI YANG BERADA DI BAWAH INI. KAUM BANGSA PENDATANG YANG LAIN TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG INI. MEREKA AKAN MENUNTUT HAK YANG ADA PADA BUMIPUTERA!!!

DAN KAMI MINTA SEBELUM TERJADI APA-APA MAKA PERMINTAAN YANG EMPAT NI DITUNAIKAN KERAJAAN MALAYSIA.
SEKALI LAGI SAYA MENYAMPAIKAN
AMARAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA!!!
BAHAWA MEREKA KAUM PENDATANG INI TIDAK AKAN MENYOKONG BUMIPUTERA!!! MEREKA AKAN MENYOKONG PUAK MEREKA SAHAJA!!! MEREKA AKAN MENINDAS BUMIPUTERA SECARA HALUS DAN SULIT!!! SEHINGGAKAN PERJUANGAN KOMUNIS YANG MEMBUNUH UMAT ISLAM DAN MELAYU JUGA MEREKA PERJUANGAKN, APATAH LAGI SELEPAS INI!!!

Mar 30, 2010

One of the biggest failure of MIC: School sports on a 'concrete field'

Malaysian Indian Congress (MIC) failed terribly to solve the problem that faced by SJK (T) Ladang Bukit Jalil. Claiming that they are one and the only representative of Malaysian Indian, they have unsuccessful to save the Malaysian ethnic Indians from deprived condition. After I stopped updating my blog for a long time, I feel responsible to highlight this issue since saddened by the difficulties that faced by the students.

I feel sorry for the students when they are only able to perform their sports activities in a so called 'concrete field'. This is what MIC has done for more than 50 years? When everyone starts blaming MIC, they always telling that they are doing works and keep doing. But is this the result? Don't you feel nonsense? Who to blame if not MIC alone when Tamil schools under such condition?

''''SUKAN TAHUNAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN LADANG BUKIT JALIL DI ATAS LANTAI SIMEN?????'''' How you feel brothers and sisters? Don't you feel ashamed when our rich country unable to serve the citizen even with proper education and sports facilities? However I don't feel shocked since there are hundreds of schools in such deprived conditions. 9 years to march on towards Wawasan 2020, but this is what we have for our children? I'm not politicking this issue here, please understand!! Don't always shut up the mouth of people who eager to voice out the problem that our nation facing.

Every Malaysian should watch the video that I have posted! The students need better facilities. Don't you feel responsible of them? Today's Children, Tomorrow's Leaders, so please don't deny their rights of getting better facilities. And the ‘Hero MIC’ should start doing work, don’t always cheat the community with empty promises and being ‘Zero MIC’.

Watch this:



THIS IS THE 'CONCRETE FIELD' FOR SPORTS DAY

STUDENTS DOING ACTIVITIES ON THE HARD SURFACE

UNLUCKY MALAYSIANS IN THE LUCKY MALAYSIA

LIMITED SPACE IN THE WIDE NATION

Mar 8, 2010

Malaysian first before ethnicity....

I CHOOSE MALAYSIAN FIRST BEFORE MY ETHNICITY

Racial sentiments, riots, inequality in power sharing, fanatic personalities, discrimination against minority and I have a long list on showing unity among Malaysian in dilemma. Over the decades, all Malaysians including Malays, Chinese and Indians have shed their blood, tear and sweat to build up this nation. We have sacrifice a lot for the cause of unity, integrity and progress. Why until today there are no successes for these struggles?

Sincerely, I ask this question not to belittle our achievements, but to inspire us to greater effort. I ask not to make us feel dispirited, but to enthuse us to march forward to achieve the unity through BANGSA MALAYSIA concept. Today, when we look back, we can say with dissatisfaction that we are blindly moving forward in the wrong direction. We have been slow in taking some steps, especially when unity is the matter. We have failed to battle against racism especially when position, economic, education, sports and other main fields are the subjects.

Sometimes I lost my hope due to the negative attitude of the people surrounding me including some of my lecturers and course mates. They are thinking that racism needs to be expressed to the minorities as they are having power as the majority. Is it right? Please tell me that are they being professional enough? Such racial actions and words directly weakening my spirit, I hope all this could change in near time.

BANGSA MALAYSIA must be in the heart of every Malaysian citizen regardless of their background, admitting the same identity needed for unity of our nation. We must fritter away our time on minor issues and pointless personal dissimilarities. All political parties and NGO leaders must stop divide people along racial lines and threat every citizen fairly without discrimination or intimidation. Our strength is in our unity, despite our diversity. We can’t deny the fact that unity gave us our Independence that today we are enjoying and the strength of a nation that we can be proud of.

I can smell racism everywhere. Let’s throw away this ‘third class’ mentality. Let’s unite to build our nation for our future generation. Every citizen of Malaysia must feel proud to say - I'm a Malaysian first.

Can we start is from today?

JOIN BANGSA MALAYSIA: