Nov 7, 2009

Daftarkan diri anda sebagai pengundi!

Saya berasa bangga terhadap pembaca blog saya yang seringkali menyuarakan rasa bimbang dan tidak puas hati mereka terhadap pelbagai isu berkaitan dengan politik, rakyat, pendidikan, agama, sukan, dasar kerajaan, ekonomi serta lain-lain. Namun kaedah yang paling bijak untuk menunjukkan ketidakpuashatian kita terhadap segala polisi dan sistem kerajaan adalah menerusi undi/pilihanraya. Jadi sudahkah anda daftarkan diri anda sebagai seorang pengundi?

Jika anda sendiri atau ahli keluarga, teman, dan rakan-rakan belum mendaftar sebagai pemilih. Sila membawa mereka ke pejabat pos berdekatan dengan hanya membawa IC, anda tidak perlu bimbang tentang cara-cara untuk mengisi borang, ini kerana pekerja di pejabat pos akan membantu anda untuk berbuat demikian.

Mengapakah undi adalah begitu penting sekali? Ini kerana, walaupun kita seringkali berbicara atau berteriak di mana-mana, isi hati kita tidak akan kedengaran jika kita bukan seorang pengundi maka apa yang kita suarakan itu akan menjadi sia-sia. Kita tidak mampu untuk menghantar mesej kepada pemerintah atau untuk membawa perubahan rejim jika kita tiada kuasa mengundi.

Pilihan Raya Umum ke-13 akan menjadi pilihanraya yang paling penting dalam sejarah negara. Pelbagai lapisan masyarakat akan menunjukkan satu perubahan politik yang paling ketara. Ini juga melambangkan kesedaran politik rakyat Malaysia makin terserlah. Pelbagai kesilapan dilakukan oleh pemerintah akan secara langsungnya menjatuhkan mereka sendiri. Ini kerana hanya rakyat yang boleh menentukan jatuhbangunnya sesebuah kerajaan tersebut.

Ini juga bermaksud jika seseorang itu tidak puas dengan kerajaan sekarang, dia harus mendaftarkan diri sebagai pemilih dan seterusnya mengundi agar suaranya terdengar semasa pilihanraya. Dan jika dia puas hati dengan kerajaan sekarang, maka dia juga perlu mendaftar dan mengundi untuk mempertahankan kerajaan tersebut untuk terus memerintah.

Setiap undi adalah penting. Terdapat beberapa negara yang menafikan hak mengundi rakyatnya, ia sekaligus menyekat rakyat mereka untuk bersuara. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang. Saya berharap anda tidak berada dikalangan 4 juta pemilih yang belum mengambil bahagian dalam proses demokrasi yang kita nikmati sekarang. Untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab, daftarkan diri anda sebagai pengundi sekarang!

KLICK PADA IMEJ UNTUK GAMBARAN YANG LEBIH JELAS:
SAYA TELAH MENDAFTAR! BAGAIMANA DENGAN ANDA?

3 comments:

Anonymous said...

i hope my country will change one day! and i hope my vote helps

Peng Lock said...

The most often heard excuse for not voting in an election is "my one little vote won't make a difference."

Yet history is full of instances proving the enormous power of one single vote. In many cases, the course of nations has been changed because one individual ballot was cast — or not cast — depending upon your point of view.

Bills proposing amendment to the U. S. Constitution require a 2/3's vote of each House in order to be approved. When the balanced budget amendment bill came before the U.S. Senate in March, 1995, the measure failed by one vote — Mark Hatfield, Republican from Oregon, was the sole Republican failing to vote with other members of the Republican Party which was the majority party of the U.S. Senators.

When it became apparent the measure would fail, Senate Republican Whip Bob Dole changed his vote to enable him to bring the matter back up under parliamentary rules for a vote in the future.

Ibrahim said...

Every citizen of this country should be guaranteed that their vote matters, that their vote is counted, and that in the voting booth!

JOIN BANGSA MALAYSIA: