Satu lagi kegagalan kerajaan untuk membantu rakyat termiskin di negara ini, hak untuk mendapatkan kemudahan asas dinafikan oleh kerajaan. Ini satu bentuk penindasan terhadap rakyat termiskin di negara ini:
Sudah 63 tahun kami tinggal di sini, tiada sebarang kemudahan disediakan. MIC berjanji hendak beri kemudahan air dan beri pelbagai kemudahan lain, tetapi sehingga hari ini saya tidak nampak apa-apa perubahan. Pemimpin MIC hanya melawat kampung kami 5 tahun sekali, itupun hanya semasa pilihanraya untuk meraih undi. Kami hilang kepercayaan terhadap mereka.
:Shanmugam 63, penduduk Kampung Batu Putih, Kampar
Tiada Kemudahan air dan kemudahan jalanraya menyebabkan pelbagai masalah kepada penduduk kampung.
:Kuna 35, penduduk kampung
Saya pindah ke kampung ini semasa saya berumur 11 tahun lagi, apabila kami meminta kemudahan air, Barisan Nasional telah meminta kami untuk mengundi mereka jika kita hendakan kemudahan tersebut. Pemimpin tempatan (MIC) hanya bergoyang kaki di rumah. Pemimpin DAP juga datang memantau keadaan di kampung, namun tindakan belum diambil. Walaubagaimanapun kami tidak mahu MIC untuk selama-lamanya! Kami tidak mahu mereka datang ke kampung kami lagi! Kami boleh usahakan dengan cara lain tanpa MIC!
:Segar 40, penduduk kampung
2 comments:
masih ada lagi kawasan yang terkeluar dari kemudahan asas..hmmm..
ini baru satu kawasan bro.. ada banyak lagi yang belum lagi didedahkan oleh media
Post a Comment