JOIN BANGSA MALAYSIA:

Nov 10, 2009

Dato Onn Jaafar, 'Bapa Bangsa Malaya'

Sejarah Malaysia tidak pernah sunyi dengan cubaan beberapa pemimpin untuk menyatukan semua kaum di bawa satu parti politik. Tetapi cubaan mereka gagal sehinggakan politik perkauman masih berleluasa serta menular di kalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan bahawa Dato Onn Jaafar adalah orang pertama di negara kita yang telah mencadangkan gagasan politik yang menolak perkauman sejak tahun 1950-an lagi.

Cuba bayangkan jika pada masa itu pemikirannya menjadi kenyataan, saya yakin bahawa pada hari ini kita tidak perlulah bergelut dengan pelbagai masalah perkauman. Saya sedar bahawa semakin hari rakyat Malaysia semakin matang, mereka membuktikan politik perkauman bukan lagi budaya politik kita, malah tidak relevan langsung dengan dunia moden ini.
Satu persoalan di sini, adakah parti politik perkauman yang kita ada sekarang masih mampu berdiri pada masa akan datang? Pilihanraya umum yang ke-12 lalu telah memberikan sedikit-sebanyak jawapan kepada kita.


Onn Jaafar mengasaskan United Malays National Organization (UMNO) pada 4 Mac 1946 untuk menyatukan orang-orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Sejurus beliau dilantik sebagai Presiden UMNO, beliau telah menyarankan agar UMNO dibuka kepada kaum lain di Malaya untuk meneyelesaikan masalah perkauman dalam politik negara ini.

Beliau tokoh pertama yang menyumbangkan idea politik terbuka dalam sejarah bangsa Malaysia. Beliau layak untuk dilabelkan sebagai 'tokoh bangsa Malaya' kerana beliau memperjuangkan hak politik yang saksama untuk semua kaum. Apa yang berlaku pada masa itu adalah beliau telah meletak jawtan dalam kerana ramai yang membantah pendapatnya. Beliau hendak jadikan UMNO sebagai satu parti pelbagai kamu yang terdiri daripada wakil-wakil minoriti Cina dan India yang membentuk hampir 40% daripada populasi negara pada masa itu.

Tidak setuju dengan karena ahli-ahli UMNO yang menolak proposal Jaafar, beliau memilih untuk meletak jawatan daripada UMNO. Pada tahun 1951, Jaafar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Malangnya, IMP tidak pernah memenangi hati majority rakyat Malaya atau mampu mencabar pimpinan UMNO yang memonopoli kuasa pada masa itu. Kegagalan tersebut juga bermaksud beliau gagal daripada usahanya untuk membuat satu konsep 'politik bangsa Malaya'. Oleh kerana kegagalan Onn Jaafar dalam usahanya untuk memperkukuh politik perkauman di Malaya pada masa itu, kita boleh menyaksikan sendiri kesannya pada hari ini selepas lebih 52 tahun merdeka.

Dalam hal ini, saya boleh menyamakan usahanya dengan perjuangan Mahatma Gandhi di India. Mahatma Gandhi pada detik-detik kemerdekaan India, telah berjuang dengan begitu kental untuk menyatukan umat Islam dan Hindu di bawah satu bendera, tapi sayang usahanya gagal sehingga mereka terpisah menjadi dua negara iaitu Indian dan Pakistan. Beliau amat gembira kerana India bebas dari British, tetapi dukacita dan kesal kerana tidak mampu untuk menyatukan Islam dan Hindu dibawah satu bangsa iaitu bangsa India. Meskipun perjuangan Dato Onn tidak setanding Mahat Gandhi, namun Dato Onn berhak mendapat pujian dan penghargaan atas pemikirannya.

Dari tragedi Mei 13, insiden Kampung Medan, 'aksi-aksi' keris oleh para pemimpin UMNO, paparan perkauman media cetak seperti Utusan Melayu, dan tidak ketinggalan juga penyataan perkauman Ahmad Ismail. Kesemua insiden adalah akibat daripada politik perkauman di Malaysia.

Walaupun idea Dato Onn dinafikan bulat-bulat oleh orang Melayu terutamanya pada masa itu, hari ini pada tahun 2009, setiap rakyat Malaysia harus menolak politik perkauman yang diamalkan sekarang. Ini akan memastikan rakyat Malaysia menjadi lebih matang darisegi politik dan lebih bersatu dibawa satu bendera iaitu jalur gemilang. Kita juga perlu membenci pemimpin-pemimpin yang terus menggunakan sentimen perkauman yang menyebabkan rusuhan dan ketidaktenteraman awam.

KITA PERLUKAN TOKOH-TOKOH YANG BERPANDANGAN JAUH SEPERTI DATO ONN JAAFAR UNTUK MEMIMPIN NEGARA!

6 comments:

Dr Azian said...

Rakyat Malaysia perlu terus menolak politik perkauman dan terus berjuang atas landasan yang sama untuk membina sebuah negara yang dinamis.

cubaan pihak tertentu untuk memperalatkan perbezaan kaum dan agama bagi tujuan politik sempit tidak akan berjaya jika rakyat bersatu untuk mencapai kepentingan sama dan tidak termakan dengan slogan-slogan yang di canangkan oleh Umno-Barisan Nasional.

Saya seorang isteri, tidak lebih daripada itu. Juga seorang doktor tetapi apabila dilakukan kezaliman tiap- tiap kita punya potensi. Tapi kita punya hati, perasaan untuk sama- sama berjuang. Marilah sama- sama kita berjuang. Ini negara kita. Tidak kira Melayu, Cina atau India. Darah yang mengalir dalam badan kita sama. Kita sama- sama sakit, gembira, sedih. Kita satu keluarga dan kita mampu menjaga dan membina negara kita dengan lebih baik

Anonymous said...

Politician Datuk Ngeh Koo Ham when he was asked "What do you dislike most about Malaysians?", he replied: Racial politics

haris (UM) said...

Although its people are mainly Muslim, Malaysia is notably diverse. Many communities of faith live together in relative harmony.

Yet stirring ethnic tensions and decades of authoritarian rule have undermined national unity and a sense of shared purpose. Since the watershed election of 2008, a revived political opposition and an active civil society have increasingly challenged the divisive politics of race and religion in Malaysia.

But severe obstacles still thwart full democratization and genuine pluralism.

Ibrahim said...

Dato Onn was the man!

Chua said...

Lets forget what had happened, we start the chapter of new Malaysia from today... SAY NO TO RACIAL POLITICS......

vasantarao appalasamy said...

Politik berasas kaum lebih merupakan bentuk politik Malaysia sejak merdeka lalu. Iaitu parti-parti politik ditubuhkan berasaskan kaum tertentu bagi memperjuangkan kepentingan dan kebajikan kaum tersebut. Misalnya UMNO ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu dari segi agama Islam, bangsa Melayu itu sendiri dan tanah air atau negara. Kemudiannya peranan UMNO ditambah dengan usaha menjaga kepentingan bumiputera lain.

tapi sekarang ia tidak relevan selaras dengan perkembangan dunia.... apa yang perlu dilakukan oleh kita adalah 'reject' terus politik perkauman ini... biarkan mereka untuk berubah demi kepentingan bersama.....