JOIN BANGSA MALAYSIA:

Sep 3, 2008

YB Kulasegaran : WE ARE READY

Good response from YB Kula. He shows his professionalism as an Malaysian Indian leader. I still haven't get any response from MIC's side, if Dato Samy Vellu refuse to debate, he should have been proposed other MIC's reps, for example SK Devamany, M Saravanan, Subarmaniam, or others who realy qualified to represent him. Anyway, I will wait for the news from Agenda Daily about MIC's feedback for this invitation. A letter sent to Agenda Daily, YB Kula has agreed to argue on this scandal with Dato Samy vellu.

Letter to Agenda Daily by YB Kula's Secretary (http://kula.blogsome.com/):


03/09/08

Pengarang
Agenda Daily
Kuala Lumpur

DEBAT MAIKA HOLDING

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas

Walaupun menunggu beberapa tahun namun tidak ada mana-mana pihak yang berani tampil kehadapan untuk memberi keterangan yang terperinci mengenai ‘APA YANG TERJADI KEPADA DUIT MAIKA HOLDINGS?’

Lebih-lebih lagi semua pelabur-pelabur ingin mengetahui kecacatan yang telah berlaku dalam segala urusan wang MAIKA dan juga dalam sistem pentadbirannya secara keseluruhan. Kenapakah sehingga hari ini DATO SERI S.SAMY VELLU masih membisukan dirinya dalam perkara ini? Apakah yang menyebabkan beliau berkelakuan sebegitu sedangkan beliau sendiri adalah pengasas MAIKA Holdings dimana pada peringkat awalnya beliau berteriak untuk membawa satu kemajuan ekonomi bagi kaum India.

Jika SAMY VELLU masih sayang pada kaum sendiri maka beliau harus bongkarkan apa yang terjadi sebenarnya pada duit MAIKA holdings kepada kesemua pelabur-pelaburnya tanpa apa-apa keraguan.

Isu MAIKA adalah satu-satunya perkara yang sangat penting dan ianya tidak seharus dipandang ringan dengan begitu sahaja. Satu mandat harus diberikan kepada isu ini demi kepentingan kaum india khususnya 66,000 pelabur yang melabur wang di MAIKA Holdings.

Jika Pengasas MAIKA Holdings ini masih mempunyai nilai-nilai kepunyaan yang begitu tinggi pada kaum India maka M.Kula Segaran sebagai Ahli Parlimen dan juga sebagai pelindung hak kaum India, dengan ini bersedia, bersetuju dan juga berani untuk berhadapan dengan DATO SERI S.SAMY VELLU di mana-mana pentas untuk berdebat isu berkaitan MAIKA Holdings bagi menegakkan kebenaran dan keadilan kepada 66,000 pelaburnya.

Sekian Dimaklumkan

"Berkhidmat Untuk Rakyat"

Hormat Takzim


P.Sugumaran
Setiausaha Politik
YB M.Kula Segaran
Ahli Parlimen Ipoh Barat

Bimbit : 017-2000241
Pejabat : 05-2417402

2 comments:

Sze Jia said...

Hi Vasant, you're so cool, very committed and dedicated to this issue which is really a great thing. keep it up man! =)

vasantarao appalasamy said...

Hope it become reality bro... its not a small amount of money being stolen by MIC..