Segelintir umat Islam di negara kita membantah pengunaan perkataan 'Allah' oleh Gereja-gereja dan akhbar-akhbar Kristian. Ini bukan sahaja melambangkan ketidakmatangan mereka untuk menerima sesuatu kebenaran, malah bercanggah dengan realiti Islam yang sering menekankan elemen keterbukaan.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu-
Allah (bahasa Arab: الله, Allāh), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah adalah nama khas yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam serta dalam masyarakat Kristian yang berbahasa Arab.
Jadi apakah salahnya jika perkataan 'Allah' digunakan oleh semua agama di dunia ini? Bukankah ini lebih memperhebatkan bahasa Arab sebagai salah satu bahasa utama dunia? Fikiran yang sempit perlu dielakan oleh segelintir umat Islam di Malaysia. Dunia sedang berubah dari masa ke semasa dengan lebih terbuka dan liberal, 'kefanatikan' pihak tersebut hanya satu perbuatan yang tidak masuk akal.
Betulkan saya jika saya silap. Walaupun saya beragama Hindu, apa yang saya faham tentang Islam adalah walaupun perang yang berlaku, undang-undang Islam menyebut bahawa wanita, kanak-kanak dan rumah ibadat tidak boleh diusik sama sekali. Namun perkara yang paling 'kurang ajar' dan menyedihkan berlaku apabila pihak yang tidak bertanggunggjawab bertindak membaling bom petrol ke arah sebuah Gereja di pusat bandar. Susulan daripada berita tersebut, gereja-gereja di sekitarnya telah mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi 'keganasan' tersebut. Baca di sini- Gereja hangus dibaling bom petrol
Persoalan yang nyata adalah adakah keganasan menjadi penyelesaian utama masalah ini? Begitu fanatiknya segentir umat Islam di negara ini sehinggakan tidak pandai menghargai keamanan yang kita nikmati sekarang. Golongan ini semestinya ada kepentingan diri sendiri samada politik atau kuasa. Manakala kerajaan pula tidak mampu untuk menangani isu ini, seolah-olah mereka membenarkan ia berlaku.
Saya ingin menekankan bahawa pegangan agama seseorang manusia adalah bergantung kepada dirinya sendiri, ia tidak boleh dilakukan melalui paksaan, keganasan, ketakutan atau dengan desakan sistem atau polisi kerajaan. Kebebasan agama perlu dihormati agar dunia sentiasa berada dalam keadaan yang aman.
10 comments:
Mereka yang bom rumah ibadat mmg lebih teru dari Taliban dan Al-Qaeda...Islam x pernah ajar cam tu...apa2 pun semua agama kan mengajar tentang kebaikan...
Saya ingin menekankan bahawa pegangan agama seseorang manusia adalah bergantung kepada dirinya sendiri, ia tidak boleh dilakukan melalui paksaan, keganasan, ketakutan atau dengan desakan sistem atau polisi kerajaan. Kebebasan agama perlu dihormati agar dunia sentiasa berada dalam keadaan yang aman.. - sy sgt setuju part ni..
dan sy bsg org Islam mengakui bhwa mmg dlm Islam dan semua agama menganjur umatnya ke arah kebaikan..jadi bg pndgn dalm kes ni bkn slh agama Islam dan umat Islam..
tp slah org yg sy kira tidak bertamadun dan tidak pandai mengawal emosi melakukan perkara sebegini..lgpun kita masih belum ada apa2 bukti identitikan utk kes ni..(klo ada sy mitak maaf, krn stkat ni sy tak dpt info lg)
by the way i believe God the one allow all these happen so there are reason behind all these... just continue to trust Him and we will know the answer one day..
salam perpaduan dan keamanan..sama2 doakan kesejahteraan negara kita.. =)
I am also an Hindu and taking Tasawur Islam as an aditional subject for SPM.As I believed that in multiraces country like Malaysia, it is necessary for us to understand each other and respect their religion as much as you respect yours'. However, if this kind of small issues can be made a serious issue, maybe there'll come a time where 'Allah' can not be used by non-muslims as it is privileged only for muslims(as declared by an idiot on TV3).
Maybe, next year Tasawwur Islam is banned for non-muslims as it is an Islam subject. Who knows? These morons will think of one way or another to make sure that the Malaysians will always at the loggerheads.
Malaysia kian parah!
Because of intolerance of majority and some fanatics..
Grow up please...my fellow majorities..
Hak setiap rakyat untuk mengamalkan agama dan budaya harus dihormati. Tolenrasi dan bersepakatan untuk meningkatkan keperluan dan hak perlu diutamakan.
now Malaysia became a bad example to other nations! the government failed to stop the growing terrorism.
Cara anda seolah-olah anda yakin bahawa umat Islamlah yang membaling bom tersebut..
Kita mempunyai banyak media yang kadang-kadang menyebarkan berita yang kurang tepat.
Jangan mudah membuat anggapan dan tuduhan hinggalah anda benar-benar pasti dan yakin kesahihan siapa yang bersalah.
Jika tidak, ia akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.. Bukankah lebih elok berprasangka baik?
berprasangka baik dalam keadaan sebegini? bolehkah saudara terangkan caranya?
Hahaha...Berprasangka baik. Sekiranya masjid yang menjadi mangsa dalam hal ini, adakah saudara akan masih bersabar melihat segalanya menunggu kerajaan 'mengambil tindakan'? Sehingga sekarang, kerajaan belum lagi menangkap dan menjatuhkan hukuman kepada binatang-binatang yang menyerang gereja. Cuba saudara renung-renungkan sekiranya tempat ibadat saudara yang diserang? Adakah kerajaan akan bersikap sambil lewa dalam menangkap dalangnya. TIDAK! Kenapa? Renung-renungkanlah sendiri...
Post a Comment